Thursday, 29 March 2012

Mengembaralah, Berjalanlah, Bermusafirlah

Bendang versi Omputeh

1 perkara yang biasanya akan ditanya apabila kenalan yang baru jumpa mengetahui penulis pernah belajar ke luar negara adalah telah bercuti ke berapa negara di Eropah? Dan dengan sengih sahaja penulis menjawab sedikit sahaja, cuma 5 negara sahaja berbanding teman-teman yang asalkan cuti semesta sahaja 3-4 negara sekaligus mereka dapat pergi. Jadi jika setahun ada 3 cuti panjang, dan tempoh pengajian adalah 4 tahun, boleh bayangkanlah berapa negara mereka dapat takluk.

Cemburu pelajar luar negara dapat merantau serata dunia? Mereka dapat buat dengan adanya pengorbanan, masa semester berjimat, masak, jarang makan luar, jarang berhibur pada hujung minggu maka dapatlah menghadiahkan diri dengan percutian ke sana sini. Malah ada yang menambahkan pendapatan dengan bekerja sambilan untuk hidup lebih selesa atau untuk punya lebih wang untuk kegunaan peribadi seperti bercuti atau sebagainya. Bagi yang hanya hidup dengan biasiswa di sana, kami tidaklah mewah, tetapi tidaklah hidup susah. Jika pandai menguruskan perbelanjaan, maka dapatlah hasilnya bersesuaian dengan biasiswa yang ada.

Dalam masa yang sama juga, ianya dapat dibuat kerana semua pihak yang terlibat bersemangat untuk menjayakan percutian tersebut. Biasanya kami akan mengembara berkumpulan. Maksudnya bukan sahaja ketua kumpulan yang semangat tetapi semua ahlinya juga semangat. Jika ketua kumpulan senyap seketika mungkin disebabkan kesibukan menyiapkan tugasan dan sebagainya, ahli kumpulan yang lain pun tidaklah turut senyap tapi tetap bersemangat dalam memastikan percutian yang dirancangkan dapat dijayakan.

Faktor luaran seperti kuasa membeli yang kuat, kadar tukaran asing yang memberangsangkan, tiket pengangkutan murah dan kos penginapan murah itu pun memudahkan lagi percutian agar dapat dilaksanakan. Namun ianya hanya dapat diperolehi dengan perancangan awal. Awal yang dimaksudkan adalah awaaaaaaaaaaallllllllll.

Pada pelajar dalam negara, anda pun berupaya buat begitu juga. Mungkin bukan ke Eropah atau Timur Tengah tetapi mulakan dengan percutian dalam negara seperti pulau-pulau terkemuka yang ada. Pulau Perhentian, Pulau Kapas, Pulau Redang dan Pulau Tioman sebagai contoh. Jika ingin lebih sofistikated, mengembaralah ke Borneo atau negara jiran. Jika dilihat kos percutian mahal, berkorbanlah sedikit untuk percutian yang lebih selesa.

Jika kita boleh beli laptop mahal dan segala aksesori mahal, headphones mahal, iphone dan ipad, smartphones dan tablet, kerap berhibur dengan wayang dan sebagainya, guitar dan amp, berduit untuk mengubah suai kereta atau motorsikal maka sudah tentunya telah hilang bajet untuk keperluan lain. Jadi pandai-pandailah menilai opportunity cost masing-masing, meletakkan keutamaan masing-masing.

Mengembaralah sementara anda masih punya masa dan kudrat. Percayalah ketika anda sudah berkerjaya dan berduit, masa pula mencemburui anda dan kesibukan menghalang hasrat untuk bercuti.

Sedar tidak sedar, yang menulis ni sudah berumur lebih suku abad, namun satu pulau di pantai timur Malaysia pun belum pernah ditakluk. Akan aku mula lakukannya sekarang!

My next target: Pulau Perhentian

(taken from http://www.panoramio.com/photo/691185)


Ibn MuSa

Bandar Ilmu