Tuesday 24 April 2012

BERSIH 3.0 : Peluang atau Masalah Kepada Periuk Nasi Diri?

Terdengar radio yang menyiarkan pihak pemandu teksi merungut perhimpunan "jalanan haram" (straight to the point lah, jangan bacul sangat boleh tak wahai radio? BERSIH la tu kan?) ni mengganggu periuk nasi mereka, menyusahkan mereka mencari rezeki dan sebagainya.

Aku pun terfikir sendirian, kalau dah ramai orang nak pergi ke lokasi tu, bukankah itu satu peluang? Ke masalah?

Kalau aku pemandu teksi, aku sokong perhimpunan bersih sebab for sure ramai yang akan pergi ke Dataran Merdeka. Apa lagi, bawak lah diorang ke sana. Banyak untung woo.

Kalau aku peniaga, aku buka gerai dekat area situ. Paling mudah gerai air. In case akan dikucar kacirkan pihak FRU macam dulu, jual payung/ baju hujan/ topeng/ goggles dan sebagainya. Of course gerai jual T-Shirt Bersih akan laku mengalahkan goreng pisang panas.

Kalau aku pemilik Dataran Merdeka, aku minta mereka bayar deposit dan sewa menggunakan tempat itu dan setiap orang yang memasuki Dataran Merdeka perlu membayar yuran nak masuk. Semurah RM0.50 pun jadilah kot. Jika tempat tidak bersih selepas perhimpunan, kita burn deposit penganjur. Banyak hasil tu.

Kalau aku SPR, aku jadi spy join perhimpunan tu, tanya secara rambang orang ramai yang berkumpul ni sebenarnya faham ke apa tujuan diorang berkumpul. Tanya apa betul-betul penambah baikan yang boleh, dan sebagainya. Naik SKT tahun ni.

Kalau aku freelancer, memang aku buat liputan menyeluruh dan menjual gambar-gambar yang menarik kepada pihak media.

Kalau aku seorang contractor, aku sediakan tandas bergerak dengan bayaran 50 sen sekali masuk.

Apa lagi apa lagi? So siapa kata perhimpunan tidak menguntungkan dan merugikan peniaga serta pelbagai pihak lain? At least pada pandangan aku tak lah.

Anyway, aku tetap tak boleh nak tahan gelak layan video ni. Takde kena mengena dengan aku ye. Sekadar hiburan dan hiasan blog ni.


Peace
Jamadil Akhir 1433 / Apr 2012
Serambi Mekah


Friday 13 April 2012

Mengapa Kelantan?

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim

Situasi biasa aku lalui apabila berkenalan dengan orang baru di sini...

X : "Demo asa mmano?"
Aku : "Kawe ore Selangor, umoh Bangi nuh"
X : "Bakpo kijo sampa ke Klate nih? Ko meme minto kijo sini? Ko gewe ore sini?"
Aku : "Ado bendo yang kawe cari sini" (Sambil daku tersenyum menjawabnya...)

Masa mengisi borang penempatan kerja SPA dahulu, antara perkara yang aku fikirkan adalah aku baru memulakan kerjaya, maka aku perlu menyimpan duit dan mengumpulkan aset. Maka tak semena-mena negeri yang terpacul dalam fikiran adalah Selangor, Johor dan Kelantan. Selangor tanah tumpah darahku, Johor ramai saudara, Kelantan... errr... murah kot?

Dan masa aku mengisi borang tersebut hatiku kuat mengatakan aku akan dapat Kelantan. Law of Attraction, memang aku dapat sini pun. Lalu aku pun kenalah sediakan jawapan bagi soalan di atas apabila ditanya. Jawapan aku bermacam-macam, tapi yang pastinya aku akan tersenyum panjang menjawabnya. Baiklah, bagi yang tertanya-tanya atau ingin bertanya, di sini aku kongsikan antara jawapanku.

Kelantan Pusat Pengajian Islam

Tidak ada siapa dapat menafikan figura utama Kelantan adalah Tok Guru Nik Aziz Nik Mat. Figura kedua pula adalah Khairul Fahmi Che Mat. Ok itu takde kena mengena dengan apa yang aku nak cakapkan kat sini.

Umur Tok Guru dah lanjut, dan salah satu cara untuk Allah menarik balik ilmu adalah dengan menjemput para ulama' pulang kepadaNya.

Seringkali orang berkongsikan kehebatan dan kejujuran Tok Guru yang merupakan Menteri Besar Kelantan, bagaimana beliau hidup dengan serba sederhana, merendah diri dan sentiasa berpesan-pesan untuk ingat Allah, ingat hakikat diri ini. Maka daku pun ingin juga berjumpa beliau secara live, bersalaman dan bersua muka dengannya. Peluang yang aku dapat tidak aku sia-siakan. Ingin daku menuntut ilmu yang aku terdaya selagi nyawa beliau masih dikandung badan, selagi peluang masih Allah berikan.

Tahnik dan cukur
Rumah Tok Guru Nik Aziz Nik Mat yang serba sederhana
Masjid Maahad Darul Anwar, atau dikenali sebagai Masjid Tok Guru kerana di situ lah rumah beliau.
Kuliah Jumaat di Medan Ilmu, Kota Bharu

Ingin Merasai Pentadbiran Islam Pada Abad Malikun Jabbariyyah

Katakan padaku di negeri mana perkarangan stadium menjadi perkampungan ibadah ihya' ramadhan? Ok itu satu je. Perkara lain macam ada petunjuk kiblat di tempat awam, poster dan banner tazkirah di mana-mana, kempen Bulan Solat, kempen tutup aurat, surau dan masjid bertaburan, hidup dengan kuliyah dan aktiviti dan banyak lagi.

Malah dengan bekerja di HUSM ni, aku sedar nikmatnya tazkirah, azan dan doa. Mana taknya, pagi-pagi masuk kerja sebelum apa-apa dibuat, akan ada wakil membacakan doa, di unit-unit farmasi akan ada tazkirah berkala dan pada setiap 5 waktu sembahyang, azan dilaungkan di hospital! Malah jika kita pergi ke Mydin Kubang Kerian sekalipun, kita akan sedari bahawa kedai ditutup pada hari Jumaat waktu zohor dan juga urusan jual beli dihentikan seketika semasa azan berkumandang.

Banner tazkirah
Mereka semua parking menghadap kiblat :)
Lawa

Ok aku tak berapa minat dengan shopping barang-barang perhiasan, batik, kraftangan dan sebagainya. Aku lebih minat untuk mengembara, explore, merasai keunikan sesuatu tempat dan masyarakatnya. Dan tidak dilupakan, aku suka tangkap gambar. Sibuk macam mana pun tugasan dan kerja, aku cuba luangkan masa untuk perkara yang aku minat; Photography.

Lata Tembakah, Besut
Pantai Cahaya Bulan, Kelantan
Matahari terbit di Pantai Irama, Bachok, Kelantan

Kelantan banyak pantai, dekat dengan air-air terjun dan tidak jauh daripada Terengganu yang ada banyak pulau yang diakui antara tercantik di dunia. Target aku yang terdekat adalah Perhentian. Doakan dapat direalisasikan ye.

Cari pasangan hidup?

No komen. Tapi memang aku tak boleh nafikan orang sini manis-manis rupanya :)

Pengalaman baru

Antara pengalaman baru yang aku dapat adalah beraya Aidil Adha di sini. Kalau ikut cerita lah kan, raya haji di sini meriah berbanding di tempat lain. Benar atau tidak? Aku rasa macam sama je sebab kat mana pun raya haji memang ada lah lapah lembu tu. Yang membezakannya adalah semua adik beradik dan ahli keluarga pulang ke kampung untuk meraikannya. Yang ini sesuatu yang baru bagi aku.

Aidil adha di perantauan walaupun berada di negara sendiri

Kekal atau Pindah?

Secara jujurnya aku jatuh hati dengan Kelantan. Dalam masa yang sama aku merindui Bandar Ilmu yang lama aku tinggalkan kerana ingin menuntut ilmu dan pengalaman serta mencari nafkah. Daku kini berada dalam persimpangan hidup dalam membuat keputusan. Kekal kerja di sini atau kembali ke Selangor dan kawasan sekitarnya.

Ya Allah, jika sesuatu itu baik untukku dan agamaku maka dekatkanlah aku padanya dan dekatkanlah ia padaku. Mudahkan aku untuknya dan mudahkanlah ia untukku. Dan ya Allah, jika sesuatu itu tidak baik untukku dan agamaku, maka jauhkanlah aku daripadanya dan jauhkanlah ia daripadaku. Susahkanlah aku mendekatinya dan susahkanlah ia mendekatiku. Amin...

Ibn MuSa
Bandar Raya Islam
April 2012 / Jamadil awal 1433H