Wednesday 30 March 2011

Kembara Bermusafir ke Utara: Hari 2 (...sambungan..)

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim

DESTINASI SETERUSNYA

Alhamudlillah, hujan mula reda pada sebelah petang. Setelah bersolat zohor asar jamak qasar di masjid berdekatan bersama bekas rakan sekelas saya semasa di sekolah, Zainul Dzubir (aka Chot), kami menuju ke destinasi masing-masing. Beliau menuju ke Padang Besar, saya menuju ke... errr... belum tau lagi ke mana.

Mulanya agak ragu-ragu sama ada patut teruskan main redah ke kawasan-kawasan tarikan pelancong ataupun tidak kerana saya tidak nyatakan kepada pakcik saya tentang ke mana saya akan tuju selepas kenduri tersebut. Saya risau jika pakcik dan makcik saya risaukan kami, terutamanya sepupu sayalah. Memikirkan saya sudah boleh menjaga diri sendiri, insyaAllah hatta di negara orang pun saya telah berjaya menempuhinya. Maka saya yakin untuk teruskan misi seterusnya dan bertanggungjawab akan keselamatan sepupu saya ini.

Baik, misi seterusnya adalah misi FOTOGRAFI dan MERAYAU (FnM).

Asalkan ada papan tanda berwarna perang saya jumpa di sepanjang perjalanan, saya terus KIVkan sebagai salah satu destinasi untuk dituju. Pada yang tidak tahu, papan tanda berwarna perang adalah tempat-tempat tarikan pelancongan ya.

Destinasi pertama adalah: Gua Kelam.

Tapi sebelum itu, kami singgah ke tempat-tempat berdekatan di Arau. Aku baru tau Arau ni Bandar DiRaja di negeri Indera Kayangan ni, macam Klang di Darul Ehsan. Aku teringat dulu masa sekolah rendah aku selalu kena marah sebab tak hafal Bandar DiRaja yang ada di Malaysia. Bila ditanya Bandar DiRaja di negeri Darul Makmur, aku dengan main bedal tapi dengan yakin dan konfidennya jawab Temerloh. Terus kena marah dengan cikgu. Hahahaha... Mustahil untuk ku lupa pengalaman tu.

Bandar DiRaja Arau, Perlis Indera Kayangan

ARAU - GUA KELAM

Gua Kelam terletak lebih kurang 35km jaraknya dari lokasi kenduri kahwin. Kami bertekad meneruskan perjalanan walaupun kelihatan awan tebal jauh di hadapan kami, yang menunjukkan kemungkinan hujan lebat di Gua Kelam. Sangkaan kami ternyata tidak meleset kerana tidak lama selepas itu, hujan pun turun selebat-lebatnya. Kami redah juga....

Dalam perjalanan, Amzar sempat menangkap beberapa gambar untuk dikongsikan tetapi tidak banyak. Saya ada menerangkan kepadanya tentang konsep-konsep fotografi, bagaimana hendak menghasilkan gambar yang cantik dan sebagainya. Saya juga cakap, alat yang sama, subjek yang sama tetapi dengan teknik yang bermacam-macam, gambar yang terhasil adalah macam-macam. Beliau "mencabar" apa yang saya cakapkan itu dengan mencuba tangkap gambar pemandangan sambil saya memandu.

Tidak lama masa beliau ambil untuk mengesahkan kesahihan ilmu tersebut. Katanya lebih kurang, "betul lah, kamera ada, pemandangan cantik tapi tak tau macam mana nak tangkap gambar cantik..."

Antara pemandangan yang cantik yang cuba diabadikan.

Sebelum tiba ke simpang masuk ke Kaki Bukit untuk ke Gua Kelam, jalan tersebut sangatlah terasa macam dalam movie di mana kawasan bergunung-ganang di hadapan yang dilindungi kabus dan awan, tiada orang di sekitar, hujan rintik-rintik dan matahari tidak kelihatan. Kami pun turun untuk bergambar... Lepas bergambar baru kami sedar, rupanya kami telah berhenti di kawasan jirat. No wonder atmosphere sebegitu dirasai...

Suasana yang macam dalam movie yang dikatakan... (kawasan jirat di sebelah kiri jalan)

Setibanya kami ke Gua Kelam, kelihatan kosong di sana. Gembira rasa hati, ye lah bukan cuti sekolah lah katakan. Sudah pastilah tidak ramai pengunjung. Alhamdulillah, misi mengarut pertama telah tertunai dan hujan telah berhenti. Siapa sangka sampai juga saya ke sana dalam pengembaraan kali ini.

Malangnya gua ditutup. Terpaksalah kami "improvise" aktiviti yang boleh dijalankan di sana. Nak mandi sungai, baju basahan tak bawa lah pula. Lagi pun baru lepas hujan dan aliran sungai sangat deras. Janganlah mencampakkan dirimu ke lembah kehancuran...

Apabila kami telah berkemas untuk ke destinasi seterusnya atau pulang, kami ternampak papan tanda untuk ke puncak gunung atau bukit di mana Gua Kelam berada. Apa yang ditulis adalah puncak / look out point (20-30 minutes walk). Kami pun redah, naik ke puncak walaupun tidak tahu berapa tinggi puncak tersebut.

Memulakan pendakian ke puncak dan look out point lalu kami terjumpa gua ini...

Kami bukan kaum Tassaday atau orang gua ye... jangan salah faham.

Jalan punya jalan punya jalan, kami rasa agak kecewa kerana merasakan pihak pengurusan Gua Kelam tidak menjaga dan menyelia laluan pejalan kaki ke puncak yang dikatakan. Puncak dan Look out point tidak dapat kami sampai kerana laluan terputus dan tidak lengkap. Malah di satu bahagian terdapat dahan pohon yang tumbang menghalang laluan sekaligus meruntuhkan tempat memegang dan benteng laluan pejalan kaki. Tidakkah ianya membahayakan keselamatan pengunjung? Adakah pihak pengurusan hanya akan mengambil tindakan apabila ianya dijadikan fokus oleh media dan apabila terjadinya sesuatu kemalangan melibatkan pengunjung ke sana?

Ini ke look out pointnya? Bukannya puncak pun sebab laluan pejalan kaki tidak terhenti di situ. Agak kecewa daku dibuatnya.

Tempat memegang bagi laluan pejalan kaki yang telah runtuh kerana pokok tumbang.

GUA KELAM - WANG KELIAN (MALAYSIA) - WANG PRACHAN (THAILAND)

Sebelum menyambung pengembaraan, kami berehat sebentar. Letih juga memikul bag yang berkilo-kilo beratnya, mendaki ke puncak dengan pakaian yang kurang sesuai dan tubuh yang tidak bersedia untuk aktiviti seumpama ini. Sekurang-kurangnya senaman regangan badan perlu dibuat sebelum melakukan aktiviti sebegini. Regangan dapat mengurangkan risiko kecederaan terutamanya ketegangan otot. Kami bernasib baik kerana tidak mengalami apa-apa kecederaan. Terasa macam DoE pula (DoE adalah Duke of Edinburgh, ala-ala Rakan Muda kot tapi dapat medal lepas kita lulus ujiannya).

Perjalanan diteruskan... dan kali ini kami ke Wang Kelian! Saya tidak tahu apa yang ada di sana, begitu juga dengan Amzar. Tapi itu adalah papan tanda warna perang dan jaraknya dari Gua Kelam adalah yang paling pendek, maka kami pun terus meredah ranjau onak untuk ke sana.

Jalan ke sana sungguh mencabar, selekonya ala-ala selekoh tajam litar F1 Sepang, tapi naik turun gunung. Kami ke sana berbekalkan tangki yang hanya isinya suku sahaja. Apabila naik bukit, terus jarum meter minyak menunjukkan ke E dan apabila turun, ianya naik semula ke takik suku.

Kami terkedu apabila tiba-tiba kami perlu melalui 2 check point polis yang tertera Unit Pencegah Penyeludupan, dan bertambah terkejut apabila tiba-tiba kami sampai ke pejabat imigresen di sempadan Malaysia-Thailand. Alang-alang di sana, saya menyuruh Amzar bertanya pegawai yang bertugas, bolehkah kami ke sebelah sana walaupun tiada dokumen dibawa.

Bertambah lagi terkejut lagi gembira apabila pegawai tersebut membenarkan kami menyeberang ke sempadan Thailand. Beliau mengatakan sempadan di sana dibuka setiap Sabtu dan Ahad sehingga pukul 7 petang. Jam menunjukkan lebih kurang pukul 5 petang lebih. Kami sungguh bernasib baik sampai sebelum sempadan ditutup.

Pasar di Wang Prachan, Thailand. Yup, I'm in Thailand babeh, without any documentations!

Yup, bendera Thailand :)

Waiting for my meal. I have no idea how to spell it or to pronounce it though.

1 of the things I've learn from traveling with my father is try local food and speak to local people when you go to other places. You will appreciate whatever trip you are in and learn more from it. Don't go to other places and trying McDonald's or other fast foods retail the because it defeats the purpose of traveling, at least from getting food point of view.

Unfortunately I could not explore more of Thailand because the boarder was closing soon and I don't wanna get into deeper trouble. To both of the governments, please keep on this good relationship of allowing people to go in and out of both countries easily. In the same time, please take care of the people and don't allow any instabilities to happen. For the record, the day we went there some incidents happened at south of Thailand, but not this part where we were at. Please please please, take care of the people.

So, sad to say but it is time to go home. Good bye Thailand.

MASA UNTUK PULANG

Jam menunjukkan 20 minit lagi untuk pukul 7 petang. Maka kami terpaksa melabuhkan tirai berada di Thailand dan memulakan perjalanan pulang. Tetapi kesempatan tetap digunakan sepenuhnya untuk mengabadikan memori ini. Di mana ada sesuatu, pasti kami akan berhenti untuk menangkap gambar dan sebagainya.


Sempadan Malaysia - Thailand pun ditinggalkan, menuju ke Gurun semula.



Kami melalui Perlis State Park (Taman Negeri Perlis) yang terletak tidak jauh dari sempadan. Namun atas kesuntukan masa, kami tidak jadi melawatnya. Tapi sekarang saya terasa agak menyesal kerana rupanya terdapat gua yang lebih menarik berbanding Gua Kelam di situ dan kami tidak menjenguknya. Allah Allah... bukan rezeki kami untuk melawatlah tu.

Empangan Tasik Tasoh yang menarik perhatian Amzar.

WANG PRACHAN - SENA - GURUN

Perjalanan pulang diteruskan dan kami berhenti di sebuah masjid yang tersergam indah yang kami temui. Masjid tersebut bernama Masjid Tunku Syed Putra Jamalullail. Kami berhenti di sana untuk berehat, alas perut dengan bekalan yang kami beli dari Wang Prachan sekaligus menunaikan solat jama' maghrib isya'. Subhanallah, masjidnya sungguh indah dan punya taman di dalamnya. Tetapi letih punya pasal, kami malas nak tangkap gambar untuk dikongsikan. Sila google lah ye.


Menikmati bekalan yang dibeli dari Wang Prachan.

Gambar Masjid Tunku Syed Putra Jamalullail:

Masjid Tunku Syed Putra Jamalullail kangar

....bersambung...

Ibn MuSa
Bandar Ilmu
Rabiul Akhir 1432/Mac 2011







Monday 28 March 2011

Kembara Bermusafir ke Utara: Hari 2

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim

KEMBARA KE PERLIS

Setelah bersarapan pagi-tengah hari (Brunch kalau istilah orang putih), dengan keizinan pakcik saya meminjam kereta beliau untuk ke Perlis dengan sepupu saya menemani perjalanan ini. Alhamdulillah, kereta beliau yang telah maju dalam usianya (nak kata tua, tak sedap pula) tetap mantap dan gagah meredah cabaran yang dibentangkan. (Ok, konon-konon nak tulis macam ala-ala novel yang tak jadi).

Sekali sepanjang perjalanan awan tebal, gelap dan ada tempat-tempat yang hujan lah pula... Namun cuaca sedemikian tidaklah melunturkan semangat ku berkelana ini.



Hujan lebat tidak melunturkan semangat seorang pengembara berjiwa kental! :P

BERJUMPA RAKAN-RAKAN LAMA

Rakan-rakan lama dari kolej persediaan dan sekolah rupanya sudah berada di sana, menikmati santapan mengisi perut yang semakin membulat.


Kebetulan pula sepupu saya, Amzar baru dapat keputusan SPM beliau dan alhamdulillah, semuanya adalah abjad yang sama, sedap mata memandang (senang cerita straight A lah). Beliau pula tetap pendiriannya untuk menyambung pelajaran ke bidang perubatan. Daku menasihati beliau agar buat masa sekarang ini, relaks dulu, take a deep breath, berbincang dengan orang-orang yang lebih matang, yang telah melalui fasa ini tentang karier masa hadapan. Karier doktor bukan segala-galanya, lihat gambaran yang lebih besar tentang prospek kerjaya, lihat kepada cabaran dan onak duri liku ranjau yang akan ditempuhi.

Apa yang saya tekankan yang paling utama jika beliau benar-benar ingin menjadi seorang doktor adalah berikan saya jawapan yang paling kukuh yang menyentuh hati saya dan tidak dapat saya sangkal pada soalan dasar ini: "Mengapa kamu mahu menjadi seorang doktor?"

Rakan-rakan yang hadir pada kenduri tersebut majoritinya adalah bakal doktor-doktor masa hadapan yang sedang mengambil kursus perubatan secara "twinning" iaitu 2 tahun setengah di Ireland dan selebihnya di Malaysia. Ada antara mereka yang saya kenal semasa di sekolah, ada di kolej persediaan dan ada semasa mereka menyambung pelajaran di Ireland. Maka saya perkenalkan Amzar kepada mereka, agar Amzar dapat berbincang dengan lebih lanjut mengenai cabaran menjadi seorang pelajar perubatan.

Keputusan di tangan kamu. "Part of becoming an adult is making your own decision and living with the consequences" (quoted from movie Coach Carter).

KETIBAAN PENGANTIN LELAKI dan ADAT BERSANDING.

Tidak lama kemudian, lebih kurang waktu zohor dan hujan yang turun dah mula reda, pengantin pun tiba... dan kawan saya pun ditangkap oleh sang tuan rumah untuk menjadi pembawa bunga manggar..




Kurt-two si bidan terjun menjadi pembawa bunga manggar. Moga keberkatan mendirikan masjid ini melekat pada beliau :D

Raja sehari tidak berhenti senyum sepanjang hari

Masih ada tol rupanya sebelum bertemu dengan sang permaisuri sehari ini.



Antara first timers bertepung tawar pengantin


Konon-konon gambar formal


Tak pasal-pasal kamera man suruh angkat tangan lepas dia kira 3. Layan je lah.

Giliran golongan hawa pula. (Tapi mereka tidak pula angkat tangan masa sesi gambar informal..tak supporting betul).


Mengambil "berkat" dari kawan-kawan yang telah mendirikan masjid masing-masing :)

Tiba-tiba terjumpa seorang pakcik dari qaryah Surau An-Nur. (Lupa pula nama pakcik ni). Sama-sama hairan macam mana boleh datang kenduri perkahwinan sampai ke Perlis.

Selamat pengantin baru kepada pasangan Amira Anis dan Dr Azri. Semoga berbahagia sehingga ke syurga saya doakan. Alhamdulillah, misi utama saya berkelana telah tercapai. Mission accomplished! Sekarang mari buat perkara bukan-bukan.

PERJALANAN DITERUSKAN...

Selepas itu, cuaca menjadi baik dan hujan pun mula berhenti. Perancangan yang awalnya tidak jadi kerana faktor cuaca, kami teruskan juga sebab alang-alang telah tiba di bumi Indera Kayangan itu. Banyak juga papan tanda jalan yang menunjukkan kawasan-kawasan tarikan pelancong. Cuma disebabkan hari telah mula petang, kami terpaksa memilih destinasi yang hendak dituju.

For sure, Padang Besar kena dipangkah dahulu kerana bekalan fulus yang terhad dan tujuan berkelana bukanlah hendak bershopping. Ingat 2 misi utama yang digariskan!

... Malas nak tulis dah. Bersambung lah... hehehehe...

Ibn MuSa
Bandar Ilmu
Rabiul Akhir 1432/ Mac 2011