Bismillah ar-Rahman ar-Rahim
HASRAT BERKELANA KE UTARA
Dengan kehadiran kad jemputan daripada sang mempelai, perancangan untuk bermusafir ke utara pun bermula. Mulalah berfikir nak pergi sini lah, situ lah. Tapi 2 misi utama yang saya dapat gariskan untuk kembara pada kali ini iaitu:

- MISI 1: Menghadiri Kenduri Perkahwinan di Perlis
- MISI 2: Melawat saudara-mara yang menetap di Kedah.
Kali terakhir saya ke Kedah melawat depa adalah pada tahun.... errr.... 1999 or so? La ni dah tahun 2011. Memang dah sampai masa untuk melawat depa, mengeratkan kembali ukhuwah persaudaraan dan pertalian silaturrahim yang sememangnya menjadi sunnah Rasulullah SAW dan ajaran Islam.
PERSEDIAAN SEBELUM PERGI:
3 benda yang penting yang MESTI dibawa:
- kamera
- tripod
- dan lain-lain
Memang ini 3 benda yang saya akan bawak ke mana-mana saya berkelana. Ye lah, kita tak jangka pun apa yang kita akan tempuhi. InsyaAllah setiap yang ditempuhi akan menjadi sejarah dan kenangan untuk kita. Amat rugilah kalau ianya tidak diabadikan dalam apa-apa bentuk medium yang bersesuaian.
MULA BERKELANA....
Alhamdulillah Bandar Ilmu ini dilimpahi dengan pelbagai kemudahan, antaranya adalah kemudahan jaringan pengangkutan yang luas. Perhentian Bas yang berdekatan adalah sangat saya sayang dan suka kerana bas ke semua destinasi di Semenanjung Malaysia ini terdapat di sana. Saya tidak perlu ke Hentian Putra untuk ke Kelantan, tidak perlu ke TBS untuk ke Selatan dan tidak perlu ke Hentian Duta untuk ke Utara.
Untuk misi kali ini, saya memilih untuk mencuba perkhidmatan Intercity Coach.
Seperti yang saya katakan dalam tulisan yang lepas, berdasarkan rupa luaran dan first impression ianya adalah satu coach yang selesa. Wifi yang laju, kerusi yang selesa, ruang yang luas dan aircond yang sejuk! Ruang untuk menyimpan barang adalah seluas-luas tingkat bawah coach. Saya rasa, nak bawa motosikal sekali naik coach ini ke destinasi pun boleh. Harga tiket tidaklah mahal mana pun, cuma RM45 untuk kelas Executive Coach Super VIP untuk Bandar Ilmu ke Kedah.
Mulanya masa membeli tiket tu, saya saje bergurau tanya dengan orang di kaunter, ada WiFi tak dalam bas? Beliau dengan seriousnya menjawab ada. Saya sangkakan beliau bergurau, tapi hakikatnya tidak.
Bas telah tiba lebih awal daripada yang dijadualkan, menunggu penumpang untuk sampai. Ini satu lagi add-on points saya boleh berikan kepada coach ini. Masa berangkat pun boleh dibanggakan menggunakan kayu ukur ketepatan masa pengangkutan awam Malaysia. (Lambat lebih kurang 2 minit dari jadual)
MENGISI MASA 8 JAM KEMUDIAN...
Alhamdulillah, WiFi yang ada dalam coach ini adalah laju dan konsisten. Ianya tidak terputus-putus, tetapi saya tidak cuba pula untuk menonton video secara online. Saya hanya menyemak email, menulis blog (lihat entry yang lepas, itu ditulis dalam perjalanan ke sana), bermain Twitter dan Facebook.
Adalah mustahil untuk hanya mengisi masa dengan berinternet. Maka saya pun membawa lah sesuatu untuk menemani saya...
Sambil-sambil itu juga, saya cuba mengabadikan sedikit banyak pemandangan untuk dikongsikan bersama... (sebenarnya semua gambar buruk sebab gegar atau angle sangat teruk. jadi tak payah kongsikan lah ye).
KAPTEN LAPAR
Beberapa jam kemudian, setelah agak jauh memasuki Perak, kapten kapal (drebar coach) pun berhenti di salah satu RnR yang ada di sepanjang PLUS, iaitu RnR Sungai Perak Utara. Kami berhenti setengah jam di sana untuk makan tengah hari dan solat jama' qasar zohor asar.
Saya menikmati semangkuk bihun sup. Lapar punya pasal, lupa nak tangkap gambar. Tapi takpe, biar lupa tangkap gambar, jangan lupa baca doa sebelum dan selepas makan :)
MEMASUKI PULAU MUTIARA...
Berkelana diteruskan ke utara memasuki negeri Pulau Mutiara. Coach hanya singgah sebentar di Butterworth untuk mengambil dan menurunkan penumpang.
Suasananya subhanallah.... Cantik rupanya Pulau Mutiara ni.
TIBA DI DESTINASI...
Pengembaraan diteruskan memasuki Negeri Jelapang Padi, di mana kapten singgah sebentar di Sungai Petani untuk menurunkan penumpang. Baru saya tahu, di sanalah terletaknya Radix Friend Chicken yand digembar-gemburkan itu kerana coach melewati di hadapan restoran itu. Manalah sempat nak tangkap gambar atau singgah makan. Aduh...
Lebih kurang waktu maghrib, saya tiba di destinasi tujuan saya iaitu rumah saudara saya di Kedah. Malam tersebut kami berborak panjang dan juga merancang perjalanan keesokan harinya mudah-mudahan tiada aral melintang dan tidak sesat.
Alhamdulillah, 1 misi tertunai.
... Bersambung ...
Ibn MuSa
Bandar Ilmu
Rabiul Akhir 1432 / Mac 2011

Budaya membaca semasa dalam perjalanan yang saya dapat dari UK, akan cuba saya terus amalkan di tanah air.
Sambil-sambil itu juga, saya cuba mengabadikan sedikit banyak pemandangan untuk dikongsikan bersama... (sebenarnya semua gambar buruk sebab gegar atau angle sangat teruk. jadi tak payah kongsikan lah ye).
KAPTEN LAPAR
Beberapa jam kemudian, setelah agak jauh memasuki Perak, kapten kapal (drebar coach) pun berhenti di salah satu RnR yang ada di sepanjang PLUS, iaitu RnR Sungai Perak Utara. Kami berhenti setengah jam di sana untuk makan tengah hari dan solat jama' qasar zohor asar.
Saya menikmati semangkuk bihun sup. Lapar punya pasal, lupa nak tangkap gambar. Tapi takpe, biar lupa tangkap gambar, jangan lupa baca doa sebelum dan selepas makan :)
MEMASUKI PULAU MUTIARA...
Berkelana diteruskan ke utara memasuki negeri Pulau Mutiara. Coach hanya singgah sebentar di Butterworth untuk mengambil dan menurunkan penumpang.
Suasananya subhanallah.... Cantik rupanya Pulau Mutiara ni.
Subhanallah... Indahnya alam kau cipta ini ya Allah...
TIBA DI DESTINASI...
Pengembaraan diteruskan memasuki Negeri Jelapang Padi, di mana kapten singgah sebentar di Sungai Petani untuk menurunkan penumpang. Baru saya tahu, di sanalah terletaknya Radix Friend Chicken yand digembar-gemburkan itu kerana coach melewati di hadapan restoran itu. Manalah sempat nak tangkap gambar atau singgah makan. Aduh...
Lebih kurang waktu maghrib, saya tiba di destinasi tujuan saya iaitu rumah saudara saya di Kedah. Malam tersebut kami berborak panjang dan juga merancang perjalanan keesokan harinya mudah-mudahan tiada aral melintang dan tidak sesat.
Alhamdulillah, 1 misi tertunai.
... Bersambung ...
Ibn MuSa
Bandar Ilmu
Rabiul Akhir 1432 / Mac 2011
No comments:
Post a Comment