SUDAH SAMPAI MUSIMNYA
Alhamdulillah, kawan-kawan sebaya saya seorang demi seorang mula bertunang dan ramai juga yang menjejakkan diri ke jinjang pelamin. Tidak ketinggalan juga yang sudah mula menyambung zuriat dengan kelahiran cahaya mata masing-masing.
Bak kata Maher Zain, barakallahu lakuma wabaraka alaikuma wajama'a bainakuma fi khairi.
Saya tumpang berkongsi kegembiraan kawan-kawan dengan cuba memenuhi undangan yang terdaya, dengan jemputan kenduri keluarga diutamakan,diikuti dengan sahabat rapat dan jauh.
BERADA DI LEBIH SATU TEMPAT DALAM SATU MASA
Namun begitu, memang sekarang sudah musim generasi sebaya saya mendirikan rumah tangga maka adalah sukar untuk penuhi undangan kesemuanya. Lagilah kalau lebih daripada 1 undangan diterima pada hari dan waktu yang sama tetapi dari segi geografi adalah mustahil untuk hadir. Pernah satu ketika, 3 jemputan berlangsung di mana satu di Kedah, Puchong dan Johor.
Sebagai seorang hamba Allah dan insan yang terbatas kudratnya, saya tidak boleh berada di 3 tempat dalam satu masa. Maka pada jemputan yang saya tidak hadiri, selamat berbahagia saya ucapkan dan mohon berlapang dada dengan ketidakhadiran saya.
I'M ON A MISSION
Bak kata teman-teman saya di England "it's a mission" atau "I am on a mission" bila bermusafir berkelana dalam memenuhi sesuatu hajat.
Contohnya bermusafir ke London hanya untuk sertai perbincangan ilmiah dengan para ulama' dan ahli politik yang melawat UK. Begitu juga bermusafir ke Ireland, Northern Ireland dan Edinburgh pada saat musim sejuk untuk mencari ilmu dalam perkongsian ilmu yang diadakan.
Penggunaan frasa ini juga sesuai jika pergi berjalan jauh untuk satu hajat yang tidaklah sebesar mana seperti memandu dari Nottingham ke Leicester hanya untuk makan Nando's halal atau ke Rusholme di Manchester untuk menikmati nasi ayam atau kobeda kebab di Restoran Al-Jazeera. Atau pergi ke Cheshire Oak, York atau Bicester Village hanya untuk bershopping.
MISSIONS ACCOMPLISHED
Saya berpendapat jika diberi undangan, saya mesti penuhi jika tiada keuzuran. Jarak bukanlah halangan tetapi jika lebih daripada 1 undangan diterima dalam satu masa, saya terpaksa memilih yang mana satu patut saya hadir dan mana satu tidak.
Antara "misi" memenuhi jemputan perkahwinan yang saya penuhi adalah Abg Joe di Warwick dan teman rapat saya Meita Lydiawati di Jakarta. Mission kan?
Sekarang misi terbaru saya adalah memenuhi undangan teman pengajian di KYUEM dahulu iaitu Amira Anis. Kali ini di Perlis! Malah saya sekarang sedang menaip blog ini menggunakan telefon saya di atas bas. Canggih sungguh teknologi zaman sekarang.
NATIONAL EXPRESS VS COACH DI MALAYSIA
Salah satu perkhidmatan yang saya tidak banyak gunakan di UK dahulu adalah perkhidmatan coach. Coach yang utama di sana adalah National Express. Saya tidak menyukainya kerana sempit, tidak selesa, panas, strict dan tiada wifi. Di UK saya lebih gemar menggunakan perkhidmatan keretapi yang selesa walaupun lebih mahal harga tiketnya.
Di Malaysia, perkhidmatan coach adalah sangat banyak dan sangat selesa. Jika National Express masih menggunakan bas 4 kerusi satu baris, di Malaysia tidak kerana boleh kata semua bas antara bandar adalah 3 kerusi sebaris.Tahniah Malaysia!
Seat 2+1 sebaris
Namun begitu kes kemalangan maut melibatkan bas antara bandar adalah antara penyumbang ramai orang sangsi menggunakan perkhidmatan ini.
INTERCITY COACH
Untuk misi ke Perlis kali ini, saya memilih Intercity Coach. Berdasarkan rupa luaran dan first impression ianya adalah satu coach yang selesa. Wifi yang laju, kerusi yang selesa, ruang yang luas dan aircond yang sejuk! Tahniah!
Mungkin penambah baikan yang saya boleh cadangkan adalah berikan tisu lembap, snek dan air kepada penumpang untuk mengekalkan kesegaran.
Alhamdulillah setakat sekarang (baru melepasi Lembah Beringin), kapten coach memandu dengan berhemah dan berhati-hati. Keep up the good work Capt!
Tiket Executive Coach Super VIP yang berharga hanya RM45 dari Kajang ke Gurun
NO CARD NO MISSION
Prinsip saya mudah. Anda jemput saya cuba sedaya upaya untuk datang. Syarat saya cuma satu. Kad jemputan kahwin perlu sampai ke tangan saya.
Zaman sekarang, hebahan kenduri perkahwinan dibuat melalui Facebook dan jika berminat untuk hadir dan mahukan kad, sila berikan alamat. Sayalah antara orang yang ringan tulang kasi alamat. Bukan susah pun kan :)
SEMOGA MENJADI IBADAH
Apa pun yang dibuat, pastikan ianya menjadi ibadah. Bermusafir juga patut jadi ibadah. Mudah-mudahan berkelananya saya kali ini dapat menambahkan ilmu, membuka mata hari saya, menguatkan iman, diterima sebagai ibadah dan mengeratkan persaudaraan atau talian silatirrahim.
Orang bermusafir di jalan Allah insyaAllah diterima doanya tanpa hijab.
Wallahuaalam
Ibn MuSa
Seat 10A
(sebab Seat 8A dah ada orang duduk rupanya)
Intercity Coach
Kajang - Perlis
Rabiulakhir 1432 / Mac 2011
Published with Blogger-droid v1.6.8
blog from hp..isk..jeles..isk..T_T
ReplyDeleteFuai: Jangan sekadar jeles. Tapi dapatkannya juga! :P
ReplyDelete