DESTINASI SETERUSNYA
Alhamudlillah, hujan mula reda pada sebelah petang. Setelah bersolat zohor asar jamak qasar di masjid berdekatan bersama bekas rakan sekelas saya semasa di sekolah, Zainul Dzubir (aka Chot), kami menuju ke destinasi masing-masing. Beliau menuju ke Padang Besar, saya menuju ke... errr... belum tau lagi ke mana.
Mulanya agak ragu-ragu sama ada patut teruskan main redah ke kawasan-kawasan tarikan pelancong ataupun tidak kerana saya tidak nyatakan kepada pakcik saya tentang ke mana saya akan tuju selepas kenduri tersebut. Saya risau jika pakcik dan makcik saya risaukan kami, terutamanya sepupu sayalah. Memikirkan saya sudah boleh menjaga diri sendiri, insyaAllah hatta di negara orang pun saya telah berjaya menempuhinya. Maka saya yakin untuk teruskan misi seterusnya dan bertanggungjawab akan keselamatan sepupu saya ini.
Baik, misi seterusnya adalah misi FOTOGRAFI dan MERAYAU (FnM).
Asalkan ada papan tanda berwarna perang saya jumpa di sepanjang perjalanan, saya terus KIVkan sebagai salah satu destinasi untuk dituju. Pada yang tidak tahu, papan tanda berwarna perang adalah tempat-tempat tarikan pelancongan ya.
Destinasi pertama adalah: Gua Kelam.
Tapi sebelum itu, kami singgah ke tempat-tempat berdekatan di Arau. Aku baru tau Arau ni Bandar DiRaja di negeri Indera Kayangan ni, macam Klang di Darul Ehsan. Aku teringat dulu masa sekolah rendah aku selalu kena marah sebab tak hafal Bandar DiRaja yang ada di Malaysia. Bila ditanya Bandar DiRaja di negeri Darul Makmur, aku dengan main bedal tapi dengan yakin dan konfidennya jawab Temerloh. Terus kena marah dengan cikgu. Hahahaha... Mustahil untuk ku lupa pengalaman tu.
ARAU - GUA KELAM
Gua Kelam terletak lebih kurang 35km jaraknya dari lokasi kenduri kahwin. Kami bertekad meneruskan perjalanan walaupun kelihatan awan tebal jauh di hadapan kami, yang menunjukkan kemungkinan hujan lebat di Gua Kelam. Sangkaan kami ternyata tidak meleset kerana tidak lama selepas itu, hujan pun turun selebat-lebatnya. Kami redah juga....
Dalam perjalanan, Amzar sempat menangkap beberapa gambar untuk dikongsikan tetapi tidak banyak. Saya ada menerangkan kepadanya tentang konsep-konsep fotografi, bagaimana hendak menghasilkan gambar yang cantik dan sebagainya. Saya juga cakap, alat yang sama, subjek yang sama tetapi dengan teknik yang bermacam-macam, gambar yang terhasil adalah macam-macam. Beliau "mencabar" apa yang saya cakapkan itu dengan mencuba tangkap gambar pemandangan sambil saya memandu.
Tidak lama masa beliau ambil untuk mengesahkan kesahihan ilmu tersebut. Katanya lebih kurang, "betul lah, kamera ada, pemandangan cantik tapi tak tau macam mana nak tangkap gambar cantik..."
Sebelum tiba ke simpang masuk ke Kaki Bukit untuk ke Gua Kelam, jalan tersebut sangatlah terasa macam dalam movie di mana kawasan bergunung-ganang di hadapan yang dilindungi kabus dan awan, tiada orang di sekitar, hujan rintik-rintik dan matahari tidak kelihatan. Kami pun turun untuk bergambar... Lepas bergambar baru kami sedar, rupanya kami telah berhenti di kawasan jirat. No wonder atmosphere sebegitu dirasai...
Setibanya kami ke Gua Kelam, kelihatan kosong di sana. Gembira rasa hati, ye lah bukan cuti sekolah lah katakan. Sudah pastilah tidak ramai pengunjung. Alhamdulillah, misi mengarut pertama telah tertunai dan hujan telah berhenti. Siapa sangka sampai juga saya ke sana dalam pengembaraan kali ini.
Malangnya gua ditutup. Terpaksalah kami "improvise" aktiviti yang boleh dijalankan di sana. Nak mandi sungai, baju basahan tak bawa lah pula. Lagi pun baru lepas hujan dan aliran sungai sangat deras. Janganlah mencampakkan dirimu ke lembah kehancuran...
Apabila kami telah berkemas untuk ke destinasi seterusnya atau pulang, kami ternampak papan tanda untuk ke puncak gunung atau bukit di mana Gua Kelam berada. Apa yang ditulis adalah puncak / look out point (20-30 minutes walk). Kami pun redah, naik ke puncak walaupun tidak tahu berapa tinggi puncak tersebut.
Jalan punya jalan punya jalan, kami rasa agak kecewa kerana merasakan pihak pengurusan Gua Kelam tidak menjaga dan menyelia laluan pejalan kaki ke puncak yang dikatakan. Puncak dan Look out point tidak dapat kami sampai kerana laluan terputus dan tidak lengkap. Malah di satu bahagian terdapat dahan pohon yang tumbang menghalang laluan sekaligus meruntuhkan tempat memegang dan benteng laluan pejalan kaki. Tidakkah ianya membahayakan keselamatan pengunjung? Adakah pihak pengurusan hanya akan mengambil tindakan apabila ianya dijadikan fokus oleh media dan apabila terjadinya sesuatu kemalangan melibatkan pengunjung ke sana?
Ini ke look out pointnya? Bukannya puncak pun sebab laluan pejalan kaki tidak terhenti di situ. Agak kecewa daku dibuatnya.
GUA KELAM - WANG KELIAN (MALAYSIA) - WANG PRACHAN (THAILAND)
Sebelum menyambung pengembaraan, kami berehat sebentar. Letih juga memikul bag yang berkilo-kilo beratnya, mendaki ke puncak dengan pakaian yang kurang sesuai dan tubuh yang tidak bersedia untuk aktiviti seumpama ini. Sekurang-kurangnya senaman regangan badan perlu dibuat sebelum melakukan aktiviti sebegini. Regangan dapat mengurangkan risiko kecederaan terutamanya ketegangan otot. Kami bernasib baik kerana tidak mengalami apa-apa kecederaan. Terasa macam DoE pula (DoE adalah Duke of Edinburgh, ala-ala Rakan Muda kot tapi dapat medal lepas kita lulus ujiannya).
Perjalanan diteruskan... dan kali ini kami ke Wang Kelian! Saya tidak tahu apa yang ada di sana, begitu juga dengan Amzar. Tapi itu adalah papan tanda warna perang dan jaraknya dari Gua Kelam adalah yang paling pendek, maka kami pun terus meredah ranjau onak untuk ke sana.
Jalan ke sana sungguh mencabar, selekonya ala-ala selekoh tajam litar F1 Sepang, tapi naik turun gunung. Kami ke sana berbekalkan tangki yang hanya isinya suku sahaja. Apabila naik bukit, terus jarum meter minyak menunjukkan ke E dan apabila turun, ianya naik semula ke takik suku.
Kami terkedu apabila tiba-tiba kami perlu melalui 2 check point polis yang tertera Unit Pencegah Penyeludupan, dan bertambah terkejut apabila tiba-tiba kami sampai ke pejabat imigresen di sempadan Malaysia-Thailand. Alang-alang di sana, saya menyuruh Amzar bertanya pegawai yang bertugas, bolehkah kami ke sebelah sana walaupun tiada dokumen dibawa.
Bertambah lagi terkejut lagi gembira apabila pegawai tersebut membenarkan kami menyeberang ke sempadan Thailand. Beliau mengatakan sempadan di sana dibuka setiap Sabtu dan Ahad sehingga pukul 7 petang. Jam menunjukkan lebih kurang pukul 5 petang lebih. Kami sungguh bernasib baik sampai sebelum sempadan ditutup.
1 of the things I've learn from traveling with my father is try local food and speak to local people when you go to other places. You will appreciate whatever trip you are in and learn more from it. Don't go to other places and trying McDonald's or other fast foods retail the because it defeats the purpose of traveling, at least from getting food point of view.
Unfortunately I could not explore more of Thailand because the boarder was closing soon and I don't wanna get into deeper trouble. To both of the governments, please keep on this good relationship of allowing people to go in and out of both countries easily. In the same time, please take care of the people and don't allow any instabilities to happen. For the record, the day we went there some incidents happened at south of Thailand, but not this part where we were at. Please please please, take care of the people.
So, sad to say but it is time to go home. Good bye Thailand.
MASA UNTUK PULANG
Jam menunjukkan 20 minit lagi untuk pukul 7 petang. Maka kami terpaksa melabuhkan tirai berada di Thailand dan memulakan perjalanan pulang. Tetapi kesempatan tetap digunakan sepenuhnya untuk mengabadikan memori ini. Di mana ada sesuatu, pasti kami akan berhenti untuk menangkap gambar dan sebagainya.
Sempadan Malaysia - Thailand pun ditinggalkan, menuju ke Gurun semula.
Kami melalui Perlis State Park (Taman Negeri Perlis) yang terletak tidak jauh dari sempadan. Namun atas kesuntukan masa, kami tidak jadi melawatnya. Tapi sekarang saya terasa agak menyesal kerana rupanya terdapat gua yang lebih menarik berbanding Gua Kelam di situ dan kami tidak menjenguknya. Allah Allah... bukan rezeki kami untuk melawatlah tu.
WANG PRACHAN - SENA - GURUN
Perjalanan pulang diteruskan dan kami berhenti di sebuah masjid yang tersergam indah yang kami temui. Masjid tersebut bernama Masjid Tunku Syed Putra Jamalullail. Kami berhenti di sana untuk berehat, alas perut dengan bekalan yang kami beli dari Wang Prachan sekaligus menunaikan solat jama' maghrib isya'. Subhanallah, masjidnya sungguh indah dan punya taman di dalamnya. Tetapi letih punya pasal, kami malas nak tangkap gambar untuk dikongsikan. Sila google lah ye.
Menikmati bekalan yang dibeli dari Wang Prachan.
Gambar Masjid Tunku Syed Putra Jamalullail:
....bersambung...
Ibn MuSa
Bandar Ilmu
Rabiul Akhir 1432/Mac 2011
Wow..sambung lekas...
ReplyDelete