Sejarah sedang ditulis.
Pernah terfikir, kenapa seronok bila mendengar atuk-atuk bercerita sejarah mereka? Mendengar cerita orang tua-tua mengenai peristiwa lampau?
Sebab mereka memahami sejarah dengan konteks sebenar.
Pada yang kata kesian pada murid-murid akan datang nak belajar sejarah, aku rasa tak kesian sebab sejarah yang tengah ditulis ni sangat menarik.
Dan kitalah yang kena menceritakannya. Konteks perlu betul, sudut pandang perlu betul.
Perlu menyambungkan titik-titik terputus antara satu peristiwa ke peristiwa yang seterusnya.
Masa aku diceritakan pasal Ini Sejarah Kita oleh MSM dulu, soalan aku tak dijawab. Kenapa graf tak masuk akal? Kenapa sejarah tak bersambung sampai ke perjuangan di Tanah Melayu?
Tiada kesinambungan.
Sebab itu, aku mengatakan itu bukan sejarah aku.
Katanya politik sekarang seronok dibuat drama series tapi kesian pada murid akan datang?
Tak betul tu. Jangan sangka generasi akan datang pendek akalnya.
Jadinya, betulkan sudut pandang. Betulkan pemikiran. Fahami konteks.
Pelajari sejarah, ambil ibrah dari sejarah.
Aku selalu katakan, sejarahkan berulang. Watak sama kan kembali. Cuma pelakonnya sahaja bertukar.
#MalaysiaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan