Bismillah ar-Rahman ar-Rahim
Cari Ilmu Itu Fardu
Mencari ilmu itu adalah fardhu bagi setiap orang Islam.
Dengan masa yang sama, setiap pencarian ilmu perlu juga berguru kerana tanpa guru ilmu dan kefahamannya tidak mungkin dapat dikuasai dengan sepenuhnya.
Oleh itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari guru kepada semua orang, sama ada yang berkarier sebagai seorang guru atau tidak.
Masakan tidak, setiap hari kita pasti akan belajar sesuatu yang baru, secara formal atau tidak. Rakan-rakan adalah guru kepada rakan-rakan, abang adalah guru kepada adik, adik boleh menjadi guru kepada abang, ibu adalah guru kepada anak-anak, anak pun boleh menyampaikan ilmu kepada ibu bapa, jiran boleh menjadi guru kepada tetangganya dan seterusnya.
Guru, Terimalah Teguran Dari Murid Juga...
Apa-apahal pun, yang penting adalah kepada guru-guru di luar sana yang pernah mengajar aku, ingatlah bahawa kamu juga merupakan seorang murid. Maka elakkanlah diri kamu daripada merasakan diri lebih "power", hebat, berhak membuat apa sahaja ke atas murid kerana kamu adalah guru.
Aku benci perbuatan cikgu yang mendoakan aku kehancuran gara-gara aku pernah ponteng sekolah. Tak cuba selami apa yang murid hadapi, tapi terus menghukum sesuatu yang berdasarkan hanya pada permukaan. Bagus betul kaedah kamu tu ye.
Aku tetap membenci perbuatan cikgu merotan aku yang tak putus-putus yang aku rasa mau 40 kali juga (aku tak kira pun actually berapa) cikgu ni rotan aku hanya sebab aku ponteng prep. Siapa kasi kamu kuasa rotan pelajar sewenang-wenangnya? Walaupun tak sakit, tapi aku tetap punya belas kasihan terhadapmu dengan tidak membuat laporan. Tidak kah kau sedar wahai cikgu itu?
Aku tetap membenci perbuatan cikgu membodek di hadapan pengetua semasa lalu memaksa aku mengaku kesalahan yang sangat picisan yang sekaligus memaksa aku meletak jawatan daripada menjadi MPP di sekolah. Bukan aku nak sangat pun jawatan tu, tapi perbuatan cikgu itu sangat aku benci. Aku dengan sukarela meletak jawatan. Malah rekod khidmat aku yang singkat dalam MPP itu turut lenyap dengan lusuhnya warna biru dan menjadi putih daripada baju kemejaku, dan seluar hitamku kembali menjadi hijau.
Aku benci kepada sikap sekolah yang tidak mengendahkan saranan dan idea yang aku kongsikan untuk penambah baikan tentang kekurangan yang aku lihat berlaku di sekolah, malah menolaknya bulat-bulat. Bukannya nak cakap idea aku ini baik sangat pun, tapi dengan sekurang-kurangnya meraikan, menerima dan membincangkannya, ianya mencambah keyakinan dalam diri pelajar, membentuk peribadi, akhlak dan kemampuan pelajar berbincang secara ilmiah. So much of "Di Sini Lahirnya Pemimpin Yang Bertanggungjawab" sebagai moto sekolah.
Aku tetap benci kepada keegoan guru yang apabila aku menegur kesalahan mereka, mereka menganggap aku melawan. Aku tetap benci kepada tindakan guru yang membawa aku ke muka pengetua hanya kerana melakukan "kesalahan" yang bukan kesalahan pun. Enggan menyusun kerusi je, aku bagai dilabel sebagai pengganas, pemberontak dan membawaku menghadap Pengetua. Aku tidak menyesal menegur ko cikgu walaupun cikgu tidak terimanya.
Aku tetap benci dengan perbuatan-perbuatan yang banyak menjadikan aku rebellious.
Selamat Hari Guru
Aku sayangkan cikgu-cikgu yang jadi kamcing, baik dengan aku macam member. Aku sayangkan cikgu-cikgu yang menerima aku sebagai aku, dan bukannya mahu menukar aku menjadi sebuah robot. Aku sayang cikgu yang mendengar teguran, sudi berbincang idea dan pendapat aku yang tak seberapa. Aku sayang cikgu-cikguku yang ini.
Selain daripada perbuatan-perbuatan yang hitam yang dilakukan oleh segelintir guru ini, guru-guru ku aku sangat menghargaimu. Aku tak reti nak tulis pantun berpuitis, menulis lagu berirama, menghadiahkan sesuatu yang setimpal untuk menggambarkan betapa aku hargai jasamu itu.
Aku sangat-sangat sayangkan Tok Guru-Tok Guru yang mengajarku dan membimbingku mencari, memahami tujuan hidup ini. Semoga Allah merahmati dan memanjangkan umur kalian.
Selamat Hari Guru
Ibn MuSa
Bandar Ilmu
Jamadil Akhir 1432H

No comments:
Post a Comment